De'Sal!

I miss you so much :'(
Jumaat, 23 Jun 2017 | 0 comment(s)
                                                      

Ya Allah, rindunya aku kat dia. Rindu. Terlampau rindu. Aku rindu dengan dia. Kiteorang dah lama tk bertegur. Almost 1 week since 19 Jun 2017. Adalah sebabnya kenapa kiteorang tk bertegur but seriously nih lah gaduh paling teruk sekali. Paling lama tak bertegur pun dalam 2 or 3 days camtu. But nih? Almost seminggu hm. Aku nak je tegur, nak je cakap rindu apa semua but tengok dia macam happy je without me. Okey je tengok dia. So rasa macam kalau tegur dia pun confirm dah tk dilayan.


Aku rindu dengan suara dia. Rindu gelak ketawa dia. Rindu senyuman dia macam kiteorang video call. Rindu his eyes. Rindu suara dia bila panggil nama aku. Rindu chat dia tiap kali panggil aku "sayang". Rindu his jokes. Rindu tiap kali dia panggil aku gemuk, pendek, buncit, busuk. Ya Allah, rindunya hm. Sekarang nih pun aku try busykan diri with assignments. Tapi kekadang bila free, takde kerja, mesti teringat especially when time makan. Bila teringat je semua memories, tengok tak ade selera nak makan gais hm. Siap dekat comment at his ig, ada girl comment cakap dia dah sombong then he replied "mana ada sombong. chat je la". Something like that la ayat dia. Dah la comment tu after kiteorang dh tak bertegur. Ya Allah, hancurnya hati weh.


Aku tak tau lah dia anggap relay nih dah already ended a.k.a break or still exist. But for me, aku tak rasa relay nih as break, aku anggap gantung tak bertali je but kalau dia dah anggap semua nih dah berakhir, tak pe lah. Nak buat macam mana kan. Kalau dia datang pun, aku tetap terima balik cause I'll always love him and itu pun kalau tak move on lagi. Aku terpaksa tahan diri dari stalk his wechat, his ig, his whatsapp, his story. Terpaksa tahan jari tu hmm ingat mudah ke? Terseksa gegila wehh.


Aku just bagi masa 1 month 2 weeks je. After that, kalau takde teguran, chat or whatever from him, I'll move on. Bye gais, got to go sebab dah mengantuk. And I hope that dia akan tegur before "that time". I love you and always do :'( and I miss u so much. Really miss you hm


I was able to continue my study :)
Isnin, 29 Mei 2017 | 0 comment(s)
                                                            \

Hai guys. Dah lama kan aku tak update. Yes cause I'm so busy lately. And also hai to lepasan spm 2016. Macam mana with your upu? Okay serious talk, I wasn't accepted at any university in Malaysia. Gila tak sebak guys? Aku target UITM doh tapi tak dapat. Sebak giler. Memang down ar masa tu. Ramai la yg whatsapp aku tanya dapat mana and I was like "tak dapat mana mana". And diorang cam "oh gosh, same la". Majority member aku pun ramai yang tak dapat. Then, bila chat Zulaikha, dia tanya dah try check bahagian TVET tak? and aku baru teringat TVET ni merangkumi kemahiran so aku mohon Politeknik masa did upu tu. And aku check, and I got Politeknik. Banyak kali gak fikir nak ambik or not but bila aku fikir masak masak, finally aku ambik. Course yg ditawarkan is Diploma Sains Kesetiausahaan. Haa Personal Assistant kau.


Before aku terima tu, memang aku dah buat research about this course. Okay, course nie ada di Port Dickson, Johor, Sarawak, Perlis, Kuantan and yg tu je aku ingat. So, since aku stay kat Pahang, mestilah nak yg dekat kan. So Kuantan lah paling dekat. That time memang agak worried sebab semua jejauh kot. Aku memang tak prefer la kerja or belajar jejauh sebab nanti kalau ada emergency case with my family, kau ingat dekat ke nak balik? And penempatan Poli tu dia gitau hari lain. Bila hari yg ditunggu dah tiba, aku checked and I got Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah a.k.a POLISAS. Yes, at Semambu, Kuantan, Pahang. Finally hahaha. But aku agak worried lagi cause course nie tak mudah actually. Sebab ada belajar law, business, accountant. OMG. Masa sekolah menengah dulu aku tak ambik doh acc. How nie dohhh. Risau gak weh. Tapi nak buat camne, itu je yang ada sekarang nih. Ambik je lah.


And you know what? Budak sekolah aku yg perempuan, only me yg dapat dekat. Yang lain semua ada yg dapat Kelantan, ada yg dapat Johor, ada yang dapat Ganu and ada yg dapat Ipoh. Gosh jauh gila. My rezeki lah nie kiranya. And also aku dah dapat 3 orang kawan even tak masuk lagi polisas haha. First person is budak sekolah lain but in same daerah. Selalu gak terserempak but tk pernah tegur lah. Just senyum camtu. Dia memula ambik form 6 but suddenly dia dapat tawaran also from Polisas and u know what? Course yg sama dgn aku doh. Sama negeri, same daerah, same course and also same tempat belajar hahaha. Aku tau pun bila Jalilah yg cakap cause dia sama kelas with Jalilah sebab sesame ambik form 6. Yes, I also got form 6 but aku taknak ambik sebab kena struggle gegila. Tu yang aku taknak. And dia pun ambik course tu and ada sorang member hahaha. Second person is, budak same daerah and negeri also but sekolah lain and sekolah dia nie jauh gegila. Dari rumah aku about 30 or 45min. Jumpa pun masa kat Bank Islam. Aku tau dia got Polisas jugak pun sebab aku dengar makcik Bank tu tanya hal polisas kat dia and dia pun tengok aku cause tengok dia semacam haha and mak aku time tu ada and mak aku lah cakap yg aku pun dapat gak polisas and dari situ lah kiteorang tukar number and dia course Seni Bina.


Third person is my roomate haha. Yes, aku dapat no bilik, no katil and also sorang roomate. Pelik kan sebab tak pergi daftar lagi but dah tau awal awal. Itu lah politeknik hahaha. Sebab kena bank in duit dalam bank and before daftar. Tak boleh time daftar tu baru nak bayar. Tak diterima lansung. So, after dah bayar tu, boleh check online after 24 hours kita buat bayaran tu untuk dapatkan no pendaftaran kita, no bilik, no katil. And u know what? Aku dapat bilik no 1 doh. No 1 haa kau. First sekali bilik aku and my room is sebelah toilet. Betul betul sebelah toilet. Aku tau pun sebab aku masuk group polisas and senior dalam tu cakap room aku bebetul sebelah toilet. Respon aku alhamdulillah gegila but tetiba hancur bila one senior boy nie said "Haa elok lah tu toilet sebelah bilik. Malam malam boleh la dengar orang menangis dalam toilet tu hahaha" Wtf doh -___- Terus terdiam aku haish. So, dalam group tu my roomate screenshot her no bilik and aku reply "Hai roomate" and she got katil C and aku pulak katil D haha. So, dalam my room ada 4 girls inclu me. So dari situ kenal. Dia from Lipis (wow dekat dgn Jerantut gak) and course Geomatik. But katil A and B tak tau lah siapa. Sampai sekarang tak tau siapa. And kalau tak de pape halangan, I'll end my studies in Disember 2019. Yes masa aku umur 20. Actually, tak target pun dapat Politeknik nie but dah dapat kan, so ambik lah. Kerajaan pun memang kerajaan. Not swasta.


So 4.6 nih I'll come into Polisas as a new student for the first time. Dah tak lama dah guys. Haih berdebar gegila sebab akan ada orentasi. Orentasi tu 5 days. I hope senior semua bebaik tak main buli macam dah viral tu pleaseee T.T Okay guys, got to go sebab nak keluar beli barang Politeknik. Banyak lagi barang tak beli guys haih. Okay la bye bye.


I love him so much.
Sabtu, 15 April 2017 | 1 comment(s)
                                                           

Hai guys! Good Night and Good Morning all. Macam my latest entry about someone tu, actually kiteorang dah berbaik. Aku tak ingat berapa hari bulan but before capai seminggu dia blocked tu, dia wechat aku mintak maaf. And actually semua punca dari sorang kawan girl aku nih. Kawan girl aku nih pun rapat dengan dia nih, so someone tu dah plan dengan kawan girl aku tu supaya kawan girl aku tu whatsapp aku tanya apa sebab. So aku pelik gak tetiba dia whatsapp aku cause before this dia jarang tegur aku nih tetiba tegur tanya khabar apa semua. Aik, aku dah rasa lain macam dah. Then suddenly tetiba dia tanya eh kau contact lagi tak dengan dia and I was like 'kau ingat aku bodo? nih mesti korang dah plan'. But aku just cakap dalam hati je la HAHAHA. Then, dari situ la mula. Aku cakap yg aku segugut and thats why aku tak reply chat dia aritu and suddenly he blocked me without any reason. Aku cerita semua tu pun memang aku pun dah plan sebab nak kasi someone tu tau sebab aku tak reply chat dia aritu.


Then tomorrow, dia wechat aku mintak maaf semua. And dia cakap dia blocked aku sebab dia rasa aku dah macam tak nak layan dia. Wtf, dude. Aku membebel la kat dia cakap yg aku tak tau pape and blah blah blah. And suddenly he said I just cant imagine days without u. But finally, Alhamdulillah okey :p Rasa galau tu memang la. Sebab susah kot nak move on. Right now pun kiteorang dah kembali cam biasa. Always otp sampai subuh. Waktu camni la, kiteorang otp. Nih pun baru je lepas otp. Tu pun dia nak end call sebab dah ngantuk nak tidur. You know what? Haritu after kes dia mintak maaf semua, kiteorang otp malam tu and borak punya borak dia cakap "Syal, sayang aku tak?" and I was like 'gila apa dia nih tanya soalan camni' and aku suruh dia jawab dulu and he said "Aku sayang kau. Sayang sesangat" . Serious talk, aku dah tak tau warna face aku colour apa. Red or pink, idk hahahahhahahaha. And dia suruh aku cakap I love you lah apa kat dia and aku taknak, aku suruh dia dulu and he did it. Hmm hahahaha. Bila dah nak end call tu, dia cakap "Assalamualaikum, goodnight, takecare, sweetdream, selamat malam and I love you". Nak tak nak aku kena jawab juga kan? HAHAHAHA :p


Bukan setakat tu je dia cakap Ily tu, but masa second call pun dia cakap masa nak end call. Then, tadi dia tanya aku "Sal, aku nak tanya ni", aku cakap apa then dia tanya "Hm kau tau kan aku player. Aku playboy. Kaki perempuan but kenapa kau stay lagi weh dengan aku? Kenapa kau taknak tinggalkan aku?" bila aku dengar soalan tu, aku macam speechless gegila. Rasa sebak pun ada. Idk why. And aku cakap "Aku tak tau weh. Aku tk tau nak jawab camne. Kenapa? Kau nak aku tinggalkan kau ke?" and he said "Hm taknak but setahu aku, girl nih bila diorang punya crush ke or boyfriend tetiba screenshot chat dia dengan girl lain, diorang mesti akan tinggalkan boy tu and move on but kau tak, Sal. Aku screenshot semua chat and send kat kau nak kasi kau jealous but kau tetap stay dengan aku sampai sekarang." Aku diam then aku cakap "Entah la weh. Aku tk tau kenapa." and then he said "Then, kau tak marah lah ni aku chat girl lain sweet sweet?" and aku cakap "Hm nak marah apa nya kau bukan aku punya" and dia gelak and said "Sebab tu la aku sayang kau Sal. Aku sayang kau sesangat". And aku cakap "Hm ye la tu" and he said "Betul la. Aku sayang gegila weh kat kau. Sayang aku kat kau macam hm cuba kau kira semut"


And aku cakap untuk apa kira semut kan. Bukan ada manfaat pun then he said "Kalau kau kira semut, kau bodo hahahahahaha. Sayang aku kat kau, macam sayang aku kat tidur aku. Sebab aku suka tidur. Sehari tu aku tidur 10jam. Macam tu la sayang aku kat kau." And yes, I'm laughing hahahaha. But serious guys, aku jealous doh bila dia screenshot chat dia with the other girl. Siap girl tu panggil dia biy ergh. Nasib dia tak panggil girl tu sayang tau macam mana dia selalu panggil aku. Kalau dia panggil camtu memang aku tak akan chat dia dah. Aku pernah cakap yg memula memang tak jatuh cinta with girls tu semua but lelama akan jatuh cinta gak sebab pepatah ada mengatakan Jatuh cinta sebab terbiasa. And he said "Tapi sayang aku tak pernah sampai kat diorang" haish menjawab. Dia pun tau aku jealous and makin aku jealous, makin tu la dia send chat tu semua and dia ingat dia sorang boleh? Aku pun boleh lah hahahahhaa. Aku pun send juga chat aku dengan laki lain. Haa ambik kau. Rasakan. Baru tau dia "hm, ouh, haha" Itu je la yg dia replied after aku screenshot chat aku dgn laki lain. HAHAHAHA.


Nak cakap dia sayang aku, hm entah la. Aku susah betul nak caya laki zaman sekarang. Serious talk. But aku dah tak larat dah nak mulakan semua ni. Aku harap kekal yg nih but entah lah weh. Aku dah tak larat nak tanggung semua, dah tak larat nak move on, tak larat nak menangis semua. Seriously, dah tak larat weh. But, aku dah sayang gegila kat dia. Dengan ayat manis dia, his attitudes, semua aku sayang. Semua aku suka. Semua aku cinta. Hm tak pe lah guys, mau off dah. Subuh pulak nanti. Byebye.


You left me.
Isnin, 10 April 2017 | 0 comment(s)
                                                             

Selamat petang semua. So, last entry aku pun masa ambik result SPM kan. Tu pun last month punya cerita. So today, aku nak share something even tau tak ramai yg baca my blog haha. Oh btw, aku tengah download movie. Kong: Skull Island. Yes tengah on the way haha. Tu pun lambat lagi sebab 1080p punya. Bukan 360 or 480p. Nak pergi cinema, busy memanjang. Family aku busy dengan kerja, aku pun busy dengan kerja. Diorang cuti hari minggu, aku kerja hari minggu. Diorang kerja hari biasa, aku cuti hari biasa hahaha tu yg tak sempat nak pergi satu family ke cinema. Lagipun bapak aku dah suruh beli ticket online for hari sabtu nih nak pi tengok cite Kong nih la but takde. Hari Khamis takde. Jumaat. Sabtu and Ahad takde. Damnn. So, I think better download and tengok kat rumah je. Done hahahaha.


Guys, kenapa lelaki ada bermacam ragam? Aku dah tired dah dengan semua nih. I'm so give up right now. Aku kenal dia nih before aku kenal with my latest ex yg duk kat Segamat, Johor Bahru tu. Dia nih umur pun sama dengan ex aku tu. Cuma bezanya dia duk kat Seremban, Negeri Sembilan. Kiteorang kenal pun baru je tahun lepas. Tak silap bulan nov or dec camtu. Dia memang selalu tegur aku kat wechat and whatsapp. Selalu chat then suddenly one day dia tau aku dah ada pakwe, so kiteorang dah macam distant sebab maybe dia taknak ganggu. After aku dah break dengan ex aku, dia datang. So kiteorang kembali balik macam biasa. Always chat, always otp, always voice. Dengan dia lah aku otp paling lama. Start dari 1am lebih until 5am lebih hahaha. Nasib call gune whatsapp je tau. Kalau tak, naya credits haha. And dia pun suara memang pergh. Sedap sangat time nyanyi tu. Dia selalu nyanyi untuk aku bila kiteorang otp. Siapa yg tak jatuh kan, guys hm. Mulut dia pun manis. And also, playboy. Dia suka menebarkan ayat manis dia kat gegirl sampaikan gegirl tu jatuh cinta then bila gegirl tu admit yg dia dah jatuh cinta, automatically, dia akan tinggalkan gegirl tu. Yes, so jahat haha. Nasib dgn aku dia tak pernah buat camtu. Dia pernah cakap "Sal, one day nanti aku nak jumpa dengan kau" and aku replied "In shaa Allah kalau kita sesama tak lupakan each other." and he said "Kita buat janji. Kita chat macam biasa until one of us lupakan dgn semua nih" and I was like "okay".


But, dia tak kotakan janji dia guys. Pada 4 April 2017, time tu aku sakit, segugut. Aku nih kalau segugut, semua aku rasa. Pening, rasa loya, demam, badan panas, berpeluh. So aku tak larat sangat time tu. Nasib tak kerja. Dia chat aku malam 3 April but aku tak reply sebab aku dah tidur. Then, tomorrow morning baru aku replied. Tu pun replied with emoji je. Then dia replied pada pukul 2:39pm, 4 April 4 2017. Dia panggil "Sal" then "Hmm" then "Ok". Then pukul 3pm lebih aku baru replied tu pun after badan aku dah okey sikit. Aku replied "Ye nape. Sorry weh, aku baru replied sebab aku sakit tadi". But yg aku pelik, gambar profile whatsapp dia, kosong, empty. Aku dah fikir "tak mungkin kan dia block aku?" But aku jauhkan fikiran tu. But kat wechat dia buat moment. Aku dah fikir bebukan time tu. Hingga lah mata aku tertatap pada one his moment kat wechat. Dia screenshot chat group kat ws dia. And you know what? Chat tu pukul 7pm lebih sedangkan aku replied 3pm lebih and I only got onetick. And from that, aku tau yg dia blocked my whatsapp.


Aku tak tau puncanya apa. Sedangkan, this is not his first time la dapat layanan dari aku camni. Before this, aku pernah buat lagi teruk. Aku kasi bluetick but dia takde lah sampai blocked camni. Aku tau pape pun seriously. And aku decided, aku taknak tanya pape kat dia. Sedangkan kat instagram boleh dm, kat wechat pun boleh chat dia. But aku taknak sebab aku dh tak larat nak tanggung semua nih. And aku pun dah hide moment wechat aku dari dia and also dah blocked dia kat whatsapp and also dah deleted his number. Aku dah malas nak dengar pape explanation dari dia. Sebab before this, dia pernah tak bertegur dengan aku 2 weeks but tak lah sampai blocked camni. Aku tak tau salah aku apa. Salah aku kat mana. Aku tak tau, seriously.


Kenapa kau buat aku camni, weh? Aku ade buat salah pape ke hm. Aku sakit weh time tu. aku tak boleh nak replied chat kau tepat waktu. I'm so sorry hm. Tak pe la. So sekarang nih aku tau siapa yg lupakan siapa. Hope kau bahagia dengan hidup kau and your future nanti. Harap kita dah tak berjumpa sebab aku dah tak larat and malas nak tanggung semua nih. I want to move on. Thanks for 3, 4 months nih. Terima kasih sebab selalu chat aku and dengar problems aku and also thanks sebab teman aku memalam buta sampai subuh. I'll remember all abt u. Thanks juga sebab sumbangkan suara kau kat aku. In shaa Allah, you'll have a better life. Thanks for everything, dude. Hope semua impian kau tercapai. Goodbye :')


For your information, aku dah delete semua chat dengan dia. Tak larat weh :'(

The girl who seemed unbreakable, broke. She dropped a fake smile and whispered to herself, "I cant do this anymore."


SPM Result. 16 March 2017
Jumaat, 17 Mac 2017 | 0 comment(s)
                                                          

Hai semua. So dah tengok kan tajuk arini apa, so you all can guess la kan. So how result SPM korang? Bad or not? Sokey, kalau bad tak semestinya gagal sekarang will gagal for forever. Mungkin Allah SWT ada jalan yg terbaik untuk korang. Maybe dia taknak tunjuk masa SPM korang, maybe dia akn tunjuk ketika korang melangkahkan kaki ke alam Universiti nanti. Who knows, right? And also for yg dapat a good result, tahniah diucapkan! Ingat, kekalkan result macam tu nanti bila dah masuk ke alam Universiti and kalau boleh naikkan lagi, jangan turunkan pulak hahaha. And also for me yg ambik result SPM tahun nih. Yes I was born in 1999. Macam mana result? Alhamdulillah, so far okey lah dari takde. Yang penting semua subjek lulus hahaha termasuk Math hahahahahaha. Dah fikir failed dah math tu but Alhamdulillah Allah SWT bantu.


Aku pergi dengan kawan aku. Kiteorang berdua pergi naik kereta dia. Dia datang rumah aku and ambik aku and when aku masuk je dalam kereta dia, tetiba dia menangis gegila. Aku terkejut sangat sebab tak tau kenapa dia nangis and suddenly she said "Weh aku dah tahu result aku macam mana. Teruk weh". Aku time tu dah macam speechless sebab at that time otak aku dah fikir "Kalau dia pun dah nangis tengok result dia, lagikan aku yg akan meraung nanti kat sekolah". Dia tahu pun sebab dia checked from google. Sampai je kat sekolah tu, aku dah ketar lutut, ketar seluruh badan sebab takut sangat. Lama gila nak tunggu cikgu announched. Then suddenly, one teacher nih cakap with microphone, "Sesiapa yg saya panggil nama nih, please pergi ke belakang stage okay". And my name was there. So pergi belakang stage and pakai jubah. After 10 minutes macam tu, cikgu panggil nama sorang sorang based on result untuk naik atas stage for terima bunga, beg, result and beg makanan.


And Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, I've got the best student in SMKI for SPM result. Padahal result cukup cukup makan je pun hahahaha. Thank you so much, SMK Inderapura! But semalam aku dah nampak kuasa Allah SWT yang sebenar. Bayangkan, masa exam SPM, majoriti budak lelaki letak buku jawapan dalam tandas. So yeah diorang akan tiru. And at that time I was like "mesti result diorang gempak kan sebab tiru" but semalam, yang meniru, yang pergi toilet 24 hours, yang letak jawapan dalam tandas just dapat cukup cukup makan je. Budak yg tak meniru, yg biasa biasa je masa sekolah dulu, result mereka lebih gempak dari yg meniru. Betul la orang cakap Allah SWT bayar 'cash' je sekarang. Tiada loan, tiada sewa. Keberkatan tu Allah bagi pada mereka yg tak meniru, yang ikhlas melakukan. Allah bantu mereka. But for those yg rasa boleh berjaya disebabkan meniru, Allah SWT tak bantu. Yes maybe Allah SWT bantu mereka dengan result nih sebab Allah tak nak mereka berjaya dengan makan duit yg tidak berkat. So be careful guys yang akan SPM this year and akan datang nanti, please jangan meniru or korang akan rasa down, badmood, sedih macam budak sekolah aku yg meniru tu actually yg meniru tu budak target sekolah, guys. Ingat.


And anyway meh enjoy my pictures with them yesterday.



Cari saya guys! hahahaha. Yes I'm with that tudung bawal creepe merah. I'm so fat guys erghh


Gemoknya aku, Ya Allah. Dah macam telan batu berat 50kg je -.-


Tahniah guys! We finally did it! Thank you so much!



Muka selenge hahaha. Alhamdulillah :)

With Amirul Hakimi a.k.a si kaki game kat PC not kat girl okay lol


So sorry sebab tutup mulut cause my smile tersangat weird lol. And anyway, I love that 'bunga' haha sebab ada coklat doh hahahahaha!


From left to right :
1. Hye akmal, even aku tahu kau tak baca sebab kau tak tau blog aku haha but thanks jadi kawan aku since kita form 4 he's a new student. Aku tahu kau handsome, tau kau idola sekolah also idola from other school, but kau tetap jadi kawan aku yg super weird and not pretty like your fans. Thank you so much sebab tetap berkawan dengan aku even aku selalu goda kau and selalu kasi pickupline hahaha. Siapa suruh handsome sangat? By the way, hope kau dapat pengganti, okey? Kesian tengok fans kau beratur je sebab kau still single hahaha. Cecepat taken okey and dont forget to jemput aku bila dah kahwin nanti :p and semoga impian kau tercapai! Amin.


2. Jalilahhh, my best friend in this world. Kawan since darjah satu until now even pernah gaduh sekejap before spm , but you're still my best friend. Thank so much sebab stay dengan aku and still be my best friend since gigi kita goyang goyang lagi hahaha. And please dont be sad with your result. You already did the best for your SPM. Ingat senang ke nak dapat result macam tu? Dah la semua lulus pulak tu. Congrats again, Jalilah a.k.a Joli hahaha. Please kekalkan this friendship and dont forget me, my family, your family, your hometown, your school and your teacher. Please stay jadi orang yang funny and weird like me hahaha. And also please kawin dulu hahaha. And semoga juga impian kau untuk jadi seorang bisnes tercapai! Amin.


3. One of my male best friends yg asyik tegur kat whatsapp tanya khabar since dah habis SPM. Congratulations Amirul Hakimi! You already did the best! And thanks sebab jadi kawan terbaik aku. And also please dont forget me and this friendship! Aku nak kekalkan weh. And semoga bahagia berkekalan hingga ke jinjang pelamin with your 'penyu' ekeke :p And semoga impian kau tercapai to be seorang yg berkerja with computer, lol? Sebab kau suka ICT, yes I know that. Semoga kau selalu berjaya dunia akhirat! I'll always pray for you, dude. Amin. In shaa Allah, umur panjang kita jumpa lagi ye sebab rumah kau jauh. But seriously, I'll never forget you and this friendship :')


4 & 5. Guys, nak ucapkan goodbye nih susah sesangat sebab ada yg kita kenal since sekolah rendah lagi and tadika lagi. Tersangat lah susah nak ucapkan selamat tinggal for all the memories. But aku tetap kena cakap. Thanks for everything, thanks for all the memories, thanks for kata kata tahniah dari korang and also thanks sebab stay jadi kawan aku. And goodbye semua. Aku harap kita akan jumpa nanti pada masa akan datang dengan kejayaan masing masing yg telah kita impikan sejak kecil. I'll never forget this :'(


6. Congratulations guys! Finally, kita dah buktikan siapa kita. Even result kita orang cakap 'biasa je pun tu pun nak beria update sana update sini' but SPM kita bersih dari segala penipuan. So dont worry. Mereka yg cakap macam tu sebab diorang tahu kita akan berjaya one day nanti. Yes diorang jealous ;)


7. Hye Pipah! Rasenya aku sorang je kan yg panggil kau Pipah haha. Congrate weh with your result. Ingat setiap kejayaan bermula dari sebuah kegagalan. Tak semestinya with SPM will gagal forever so dont be sad. You did the best for your family, okey? And even kita kawan baru je tahun lepas sebab kau new student but aku selesa dengan kau even ramai mulut yg mengata kau memacam but kau still cool and relax. I like that. And kau la orang yg selalu jealous bila tengok kening aku sebab katanya lawa sangat hahaha. And jika umur panjang, will we meet each other. Congrats again, Pipah. Me loves you :p And hope kau dapat jadi nurse yg macam kau nak nanti, Amin.


8. Hello Faiz! the one with that yellow shirt. Congrate jugak for you result! Lulus semua doh. Tak sangka aku hahha. Alhamdulillah, Allah SWT bantu kau and geng kau. Tahniah weh sebab dah buat yg terbaik for your family and your school. And hope kekal with Aifa and dont forget jemput aku datang kenduri nasi minyak kau akan datang nanti haha :p And also thanks sebab jadi kawan aku, selalu nasihat aku, selalu buat aku gelak. I'll never forget apa yg kau buat kat aku, semua jasa dan pergorbanan kau, aku tak akan lupa. We'll meet each other for one day nanti, In shaa Allah. And also hope that kau akan jadi orang yg berjaya dalam bidang kemahiran elektrik and elektronik. Amin.


9. Aini wuu the girl with pink shawl and Fiqar wuu lelaki kat belakang lol. Congrate to both of you sebab result your result SPM especially Fiqar. Tak sangka haha. Korang dua dah buat yg terbaik. And to Aini please stay pretty as always xoxo. And to Fiqar, dont you ever forget your jiran yg comel and baik nih okey hahaha. Tahniah kat korang berdua sebab dah mengharungi zaman SPM. In shaa Allah, akan datang we'll meet in the future. To Aini and Fiqar, hope korang akan terus berjaya and jadi orang yg berguna sepanjang hidup korang di dunia dan di akhirat. Amin.


So I walked down those halls memorizing everything, the classrooms, my friend's desks and the memories of a year that went all too quickly. Here I was, leaving for the last time. No coming back on Monday for homeroom, no more thanking to God that it was finally Friday. No more sleepy classes, no more sport periods. No more falling over giggling with my friends about a stupid prank. So I guess it ends here. We'll go our separate ways and hope that we'll see each other somewhere in the future. Thanks for all the memories. Goodbye Batch 99.





He has another girl :')
Sabtu, 14 Januari 2017 | 0 comment(s)
                                                          

Good Morning guys! My update today pada pukul 12:30pm. Its sunday. Weekend time but not for Johor, Kedah, Kelantan and other states yang start kerja and sekolah hari nih. Kekadang aku confius jugak dengan group game aku kat ws. Ye la ramai yg orang Johor. So diorang sekolah hari nih. So aku selalu jugak la bertukar hahaha.


Actually guys, yesterday and today aku sedih gegila. Masa pagi semalam, memang rasa lain macam. Rasa tak sedap hati. Rasa macam badmood. Semua benda tak kena. Malas nak cakap, malas nak senyum. Makan pun tak berselera. I dont know why. Aku rasa macam akan ada bad news for me. Aku dah agak sebab diri aku bila rasa malas nak senyum, nak bercakap, rasa sedih tanpa sebab memang akan ada bad news. Hati aku memang jenis cepat peka kot.


Semalam pada jam 9:57pm, that time, group tu kecoh, bising tau. Bukan bising apa but biasa la diorang hilangkan bosan, so chat la memacam. Suddenly, my bestfriend, Amirul (budak Segamat), dia cakap kat group tu suruh invite si Risz nih. Sebab, before this Risz dah left group tu sebab dia dah quit from playing that game. Tak ingat bila dia left. Yang pasti this year after kiteorang dah takde pape relay. Only friend. Lebih kurang seminggu or dua minggu after that, dia left. Suddenly, dia suruh Amirul add balik but Amirul bukan admin so thats why dia kecohkan kat group tu suruh invite Risz with ayat "Woi invite lah kekasih Syal nih". Wtf Amirul Wtf ergh. And....masuk la dia ke dalam group tu back.


Actually before that, around pukul 7pm lebih macam tu, aku tengah scroll moment wechat tau then suddenly aku terbaca moment dia cakap "like yang ke 4,9,7 aku desc". Aku diam je la aku tak like pun even aku nak sangat dia desc about me hmm but I know confirm dia reject awal awal kan? After that, aku off sebab maghrib. Then, aku on balik around pukul 8:30pm camtu, aku read all about his desc about people. And mata aku stopped kat one desc about the girl.


Hancur hati aku guys. Hancur gila. That words "nasib sayang". Ya Allah. Dah lah time tu aku kat Kedai Makan tengah lepak. Seriously, air mata dah nak turun tapi aku buat taktau je. Gila ke apa nak nangis kat kedai orang? Kalau kat rumah, memang aku dah nangis. Dengan nyanyi, pujuk lagi hmm. Guys, hancur nya hati aku. That girl memang hot sebab aku dah stalk her ig. 10.7k followers hm. Lawa. Budak hips and iphone user. No wonder la. Lelaki mana yg tak suka? Seriously, memang cantik, comel. Aku yg tengok nih pun rasa insecure. 


Before this desc, dia ada upload gambar berdua with this girl. Diorang selfie. With the caption "Good night". With lovely emoji semua hmm. Aku dah syak something dari situ sebab dia tak pernah letak gambar berdua dengan girl banyak kali. Ini dah lebih 2 kali guys. More than 2 times. Engkau rasa? Since girl nih single and also him, macam macam bole jadi. Maybe, dia dah fall in love with this girl hmmm.


Back to normal story. After dia dah masuk dalam group tu balik, that time tengah bising tau hal someone yang quit from that group cause acc game dia kena banned. So, aku ada sekali time tu sebab aku jadi orang tengah. Sebab budak yg kena banned tu member aku. I'm just jadi si peng forward mesej dia ke group. Risz nih masuk and cakap "hye". Semua ignored dia doh termasuk aku and dia pun cakap "diabaikan". Aku kesian sebab takde siapa layan, so aku replied la "hai" and he said "hye". And after that, aku ignored balik. Then, time tu tengah main kutuk2 tau. Main edit gambar apa semua tetiba, ada sorang girl nih, dia nih jarang berbunyi dalam group tu.  So before aku and Risz ada special relay, that girl is his crush and also penyebab aku jealous and penyebab Risz selalu buat aku jealous. Dulu kan dia selalu kacau aku. Nak kasi jealous semua (actually I miss this memories). After Risz masuk, tetiba girl tu berbunyi. Hmm its weird.


And you know what? Risz tetiba cakap "eh Fa". Okay that girl kiteorang panggil dia Fa. Dia yg suruh. Dekat aku dia tak cakap pun "eh syal". Hmm. Pecah weh hati time tu. Then group tu bising. Aku diam dah time tu. Malas nak campur sebab ada dia. Kang pecah lagi hati sebab dia pun macam ignored aku hahahaha :') Then suddenly, si Fa nih dia letak gambar dia in that group with caption "Good Night". Before this, after Risz leave, Fa diam tau. Dia just berbunyi sikit. Mostly banyak diam and dah tak sent her pic with that caption but after Risz masuk balik, dia send and banyak berbunyi pulak. You love him, right? And Risz respond. "Goodnight Fa" with emoji monkey yang tutup mata. Hmm. Apabila cinta berputik kembali kan? Dulu time dengan aku, dia tak boleh la buat camtu nanti aku jealous but now boleh la hahaha :') 


Im so broken guys seriously. After saw that desc about the cute girl and his respond kat Fa, his old crush. Seriously guys, aku rasa nak nangis gila. Aku sebak time tu. Almost cry but aku tahan. Tahankan diri. Aku dah try push diri aku for move on but still tak bole. Aku dah try bukak hati aku untuk orang lain yg sudi but still tak bole. My heart is already taken by him with the key sekali hmm. And now, he's still ada lagi dalam group tu. I dont know how to move on guys. Seriously. Kat wechat ada dia, instagram ada dia, group pun ada dia. Ya Allah, beratnya dugaan. 


Got to go guys since almost zohor time. Bye. Seriously guys, I really really in love wih him. What should I do to move on. Ya Allah please help me :'(


Course apa nak pilih weh?
Rabu, 4 Januari 2017 | 0 comment(s)
   

Good morning guys! Okay right now jam menunjukkan pada 11:46am and not too late, right? Happy New Year Guys! May you be blessed enough to spend this new year with your parents, friends, loved ones. Be grateful and you'll have only good things come your way. Happy 2017! Dah tak payah nak bangga sangat tengok aku speaking. Tu semua ayat google je hahahaha xD.


Umur saya makin tua, wak T.T Shit I hate this hahaha. 18 but no unofficially. Aku dah move on ke? Belom. Totally, not. Aku dah tried lupakan dia. Wallpaper wechat, home wallpaper semua aku dah changed but ada sikit yang aku tak delete about him. The album, chats and his voices :') Aku cuba nak delete tapi tak sampai hati sebab tu je memories yang still ada. People may change but the memories never change. Setiap kali hati aku rasa nak stalk his wechat, cepat cepat aku alihkan tangan. Tak nak bergantung. Setiap kali aku try nak belek balik the album cepat cepat jugak aku alihkan jari tu. Always tried alihkan. But about his voices, aku tak pernah lari, tak pernah alihkan sebab his voices yang buat aku cam teringat balik semua tu. I really miss the old us, Risz :')


For this new year, dah macam macam aku terfikir. Fikir about ajal. Fikir about myself. Fikir about umur. Fikir about my education. Fikir about my result spm and fikir about manusia. Aku dah terfikir hal result spm aku. Bulan March, will be the answer. Aku dah terfikir apa yang aku nak ambik nanti bila aku ada rezeki for sambung belajar kat mana mana. Seriously guys, aku pening sekarang nih. Aku tak tau nak ambik apa. Minat aku? Minat aku terlampau tinggi sebab tu aku tau aku tak boleh ambik benda tu. I love galaxy. Love about the stars, moon, earth. So, course astronomi lah yg paling sesuai dengan minat aku but when I did a research, astronomi nih kena ada science stream and add math. What the.. Science stream tak pernah lansung aku jejak apetah lagi add math T.T So, just kuburkan aje lah niat tu, Syal :')


Right now, aku tak tau lagi nak ambik apa. My father suruh ambik agroculture a.k.a pertanian. I dont like that ergh. Aku dah lah tak boleh duduk tengah panas. Asyik nak pengsan, muntah, demam je. Then, suddenly aku buat lah kelayakan course di upu based on my result trial spm and I've got TESL. My parents suruh ambik TESL tu to be a primary school teacher. At first, aku okey je. Sebab aku pun ada keinginan nak jadi primary teacher nih. Cuti senang, kan? Then, aku rujuk one of my friend yg ambik diploma in TESL and aku tanya kalau nak jadi primary english teacher, bole ke belajar setakat dip je and she said 'no'. Cause these days, basic qualification to be a teacher kena ada degree. Tak macam zaman dulu. Masa aku sekolah rendah, student yang ada diploma, tak kira in subjects pape pun, dah bole mohon jadi cikgu. But only for primary school je la. But right now, primary school pun dah kena ada degree. Then she said kalau ambik diploma in TESL bole jadi guru ganti (kalau ada la) or jadi teacher's assistant je lah kalau ada diploma sebab kena compete dengan budak ipg. Budak ipg nih budak degree. Conclusionnya memang tak dapat jadi primary school teacher kalau ambil diploma.


Seriously guys, terkubur terus niat aku. Aku bukan apa weh. Aku kalau boleh nak belajar setakat diploma je. Tak mau sampai degree, master etc. Sebab aku tak mampu. For diploma nih pun aku agak waswas jugak. Risau aku tak lepas. Takut second year je terus give up. Belom tamat diploma lagi dah rasa give up. Lagipun these days, majority penggangur ialah budak degree. Sorry guys. Bukan nak punahkan harapan but its fact. Bukan nak cakap diploma lagi cerah or what but majority budak diploma ramai dah bekerja even gaji sikit. But orang cakap rezeki kan. Kalau ada rezeki budak degree, ada. Kalau takde rezeki budak diploma, takde. Papepun, serahkan kepada Allah S.W.T sahaja. DIA tahu segalanya yang terbaik untuk para hamba-Nya.


Seriously, buntu. Tak tau nak ambik apa. Aku nak ambik bakery but aku tak tau nak buat apa dengan course tu actually. Ada jugak rasa minat ke bidang farmasi but my math is erghh. Kalau ada batu nisan dua batang tu, batu nisan aku dah kira separuh je satu batu nisan tu. Sebab math aku memang tak boleh pergi. Seriously guys. Even dah belajar berbelas tahun, tetap tak boleh. So until now aku tak tau nak ambik apa haish. Susah rupanya bila nak fikir masak masak course apa yg kita nak actually for our future. It's not easy as expected :'(


Okay guys. I have to end now. Actually takde idea pun nak tulis apa but I just want to share with all. By the way, until now, I'm still cant move on guys :') I really really love him :')